NOSTALGIA : ZAMAN SEKOLAH PART 1

Hai apa khabar sekali lagi? Haaa.. saya tengah bosan ni tak tau nak buat apa jadi saya kembali kepada my dad lappy untuk menaip sedikit pengalaman semasa di bangku sekolah. Ewah! Tiada yang terlalu manis tiada yang terlalu istimewa tiada yang terlalu pahit. Hanya sedang-sedang saja.

Alright. Kita mula dengan zaman tadika saya. Saya ialah anak yang paling liat nak bangun pagi. Dahlah perempuan! Liat nak bangun pagi. Saya memang bangun pagi tapi pukul 9 lah. Mengikut pemerhatian saya sendirilah ya. Jadi setiap pagi saya kena bangun pukul 6 macam tu, dikejutkan oleh bapak yang gigih bangun pagi kejutkan saya. Saya dah besar gedabak masih tidur dengan parents ya. Bawalah segala tilam,selimut, tidur di lantai dalam bilik parents. Saya dah besar umur 6 tahun pun tak berani lagi tidur sendiri dan saya ni jenis mengigau kalau tidur. Lepas tu bekal saya ialah kueh tiaw goreng. Sebungkus RM1 dan sangatlah sedap, kueh tiaw dia tebal. Bila di tadika, saya dibuli oleh seorang budak lelaki. Dia minta makanan saya. Heh! Berbulan lamanya saya dibuli, saya report kat cikgu dan dia dirotan oleh cikgu kerdil comel saya. YES! Victory is mine! Saya rindu tau cikgu tadika saya. Dia garang tapi baik.

Zaman sekolah rendah pulak. Sayalah pembuli! Saya buli seorang budak perempuan, saya cucuk pensel warna kat dia. Yang baru diasah pulak tu! Ish memang jahat. Saya buli dia bersama seorang rakan. Macam-macamlah kata-kata menusuk kalbu kami kata kat dia. Kesian.. kena buli. Lepas tu saya tarik rambut dia. Dia menangis. Ada suatu hari, kami rasa nak berbaik dengan dia jadi kami cakap elok-elok dengan dia. Lepas tu jadi jahat balik. Insaf sekejap. Syukur budak tu sekarang masih hidup walaupun sering dibuli. Oh ya saya buli dia semasa saya darjah 1. Ish ish ishh.. jahanam betul kan.

Masa di sekolah rendah, tahun 3 saya crush dengan seorang budak lelaki tapi dia friendzone saya. Dia crush dengan 2 budak perempuan iaitu kawan saya. Ish kecik-kecik dah playboy. Syukur,sekarang dia jadi salah seorang leader aktiviti kerohanian dan dia seorang yang baik sebenarnya. Biasalah belum matang kan apa pun tak tau. Masa di tahun 5, saya dan beberapa orang rakan sekelas jatuh cinta dengan cikgu praktikal. Alahai bengapnya. Siap ada nama gelaran lagi. Cikgu purple,cikgu pink. Aduhai.

Di tahun 4, saya dah mula rapat dengan seorang kawan. Dia yang ajar saya bahasa Sarawak. Thank you! Lepas tu dia pindah ke sekolah lain. Alaaa. Dahlah seorang kawan saya tu dah pindah semula ke Johor. Haa kawan saya dari Johor ni lawak sangat. Dia macam orang India,berkulit gelap tapi dia Melayu. Masa tahun 5 juga saya ada crush dengan senior. Tapi dia reject saya. Saya pun berlari ke tandas dan menangis. Aduhai, gamaknya kau reject puteri ni! Sekarang dia dah sambung study di Kuching. Selamat maju jaya.

Lepas tu masa tahun 6 di sekolah rendah, merupakan tahun yang sukar bagi saya sebab saya selalu datang lewat. Dah datang lewat, kena marah dengan cikgulah. Ada juga masa cikgu kelas tu, kami kena denda sebab ada kesalahan yang kami lakukan. Kami semua berdiri di atas meja. Cuaknya tak terhingga! Yalah meja. Mau tak tinggi. Ada satu masa ni kami hias kelas, kami turun petang ke sekolah. Saya balik dulu, masak nasi goreng dan bawa ke sekolah. Bawa sudu cukup-cukup sebab dorang cakap tak ramai yang turun. Bila dah sampai, ramai pulak. Dorang nak makan, sudu tak cukup. Main suap-suaplah dorang semua. Comel je! Kenangan pahit masa sekolah di tahun 6, saya dan beberapa kawan bergaduh. Hal kecik je tapi besar-besarkan. Syukur, dah berbaik sampai sekarang masih rapat.

Suatu hari, guru kami masuk ke kelas dengan mata merah. Kami pun tak tau kenapa. Kami tanya, dia ada masalah. Kami pun tak tahu nak kata apa sebab kami kan budak lagi. Masa result UPSR keluar, kami rasa bersalah juga dengan cikgu kami sebab kelas kami tiada yang dapat straight A. Menangis terkilan cikgu kami. Kemudian, beliau luahkanlah perasaan beliau. Beliau memang mengharapkan beberapa pelajar dalam kelas kami untuk mendapat semua A tapi beliau tetap bersyukur kelas kami dapat keputusan yang baik. TERIMA KASIH CIKGU

Saya akan sambung part 2. Saya tak nak sini panjang sangat ceritanya nanti.
Tiffany is signing out.

Comments

Popular posts from this blog

JUM BELAJAR BAHASA SARAWAK!

OPERATION MANAGEMENT

NOSTALGIA : ZAMAN SEKOLAH PART 2