NOSTALGIA : ZAMAN SEKOLAH PART 2

Alright. Saya sambung lagi ya kisah-kisah di sekolah saya. Yang ni masa di sekolah menengah. Zaman sekolah menengah sangat best! Mula-mula tu memanglah tak best tapi lama-lama seronoklah.

Bermula di tingkatan 1. Orientation is the best, no classes! Dari pagi sampai petang. Cakap je. Ceramah je. Lepas dah seminggu orientasi, kami pun masuk ke kelas maisng-masing. Cikgu minta kami perkenalkan diri masing-masing. Saya tengok semua muka orang serius. Macam sombong je. Macam budak baik je. Tapi sebenarnya doranglah yang paling gila, pembuat bising setia, pengusik cikgu tegar, peronda sekolah baju putih seluar hijau, pakar "long cut" dalam sekolah dan pelawak tanpa trofi MLM. Serius. 

Di tingkatan 2 pula adalah tahun krisis saya dengan beberapa kawan yang lain. Tak tahulah dari mana punca krisis ni tapi saya sangat geram kami bergaduh. Benci tau gaduh-gaduh. Masa di tingkatan 1 dan 2, saya selalu dapat markah sains yang baik sehingga cikgu boleh cakap "markah yang paling tinggi untuk kelas kamu ialah macam biasa, orang tu". Well, science is my favourite dan rajin buat ulang kaji. Tinggi markah saya, tinggi lagi markah budak kelas lain. Tapi syukurlah rezeki masing-masing. 2 tahun tu juga ialah tahun kegemilangan saya sebab saya dapat anugerah pelajar cemerlang. Oh, baru tingkatan 1 dan 2. Bolehlah survive dapat anugerah. 

Tingkatan 3. My funeral year! Asyik-asyik gagal dalam geografi, sejarah, matematik, science dan ekonomi rumah tangga. Tak habis-habis kena rotan dengan pengetua. Kalau tak silap saya tak dapat anugerah pelajar cemerlang. Kesian kan. Tak apalah. Takpe. Tingkatan 3, saya dan beberapa kawan yang sama bergaduh lagi. Itu yang buat pahit tu. Masa di tingkatan 3 ni, kami ada krisis kecil dengan cikgu matematik kami. Tak tahulah kenapa harus dipersoalkan benda yang begitu. Memang tugas seorang guru untuk mengajar ilmunya kepada pelajar walaupun bidang dia mengajar itu berbeza. Contoh cikgu bahasa tapi ajar sains di luar sekolah dengan membuka pusat tuition.

Tingkatan 4 pula my funeral anniversarry year. Saya dipilih untuk masuk ke kelas aliran sains memandangkan result PT3 saya layak. Pada bulan pertama saya dimasukkan ke sana, saya tidur dalam kelas, saya hantar kertas exam kosong, saya tak siap kerja addmath. Fizik dan kimia saya siapkan sebab saya fahamlah sikit-sikit macam mana nak buat. Jadi keputusan saya pada bulan januari sangat teruk lebih teruk daripada teruk. Sampailah pengetua ambil keputusan untuk mansuhkan 2 kelas aliran sains. Beliau berasa bahawa sekolah kami tiada harapan dalam kelas aliran sains. Beliau tidak mahu gred sekolah terjejas jadi beliau mansuhkan dan hanya tinggal 1 kelas aliran sains iaitu sains tulen. 

Jadi, saya mohon pindah ke kelas sastera dengan subjek kesusasteraan melayu (KM) dan geografi. Saya dipanggil ke pejabat bersama beberapa pelajar. Kami ditawarkan masuk ke kelas sains tulen. Sebab result PT3 kami antara yang baik sebab sama ada matematik atau sains kami tiada E. Result saya memang tiada E dan A. Saya rasa nak gelak sebab saya tak dapat survive dalam kelas sains yang tiada biologi, dengan result PT3 tanpa E itu, saya dapat survive dalam kelas SAINS TULEN yang ada biologi? Hm high expectation. Thank you for doing so, madam. I really mean it. Tapi saya tak dapat survive. Saya tak mampu. Minta maaf cikgu.

Saya menolak tawaran itu dan tetap masuk ke kelas sastera. Saya kemas barang-barang saya dan turun ke bawah untuk ke kelas sastera. Mereka di kelas itu rata-rata kenal saya sebab sama kelas di tingkatan 1-3 dan ada muka baru juga yang saya maksudkan dari kelas lain. Saya tak kenal langsung mereka yang dari kelas lain sebab dunia kami semasa di tingkatan 3 sangat terasing. Sebab 3 kelas depan berada di blok pentadbiran. Kelas yang lain berada di blok akademik. Jadi sangat terasing. Pelajar di sekolah kami pula terlalu ramai untuk dikenal dan diperasan ditambah lagi dengan saya yang anti social. Memang tak kenal langsung!

Jadi saya masuk ke kelas sastera, saya sudah ada krisis. Ish ish ish mana-mana mesti ada krisis. Tapi syukur kami sudah berbaik. Sorry ya. Perjalanan di kelas sastera yang ada subjek KM tidaklah sukar mana. Subjek KM memang payah kalau tiada minat dengan bahasa dan kalau anda tidak enjoy the class. Saya minat bahasa dan saya enjoy the class. Walaupun baru di situ, saya suka dengan KM dah. Jatuh cinta terus. Walaupun bahasa dia rumit, saya cuba fahamkan dan saya banyak tanya dengan cikgu. Cikgu subjek tu yang buat saya enjoy the class. Beliau sangat lemah lembut, kaya dengan bahasa, pemurah dan caring. Bila orang yang kaya dengan bahasa ni, one thing you should know. Cara marah mereka lain. Contohnya cikgu saya tu beliau marah dengan kata-kata yang baik. Beliau tidak lontarkan kata-kata seperti orang lain marah. Jika beliau geram dengan kerenah kami, beliau akan perli saja. SENTAP TERUK KAMI SEKELAS!

Syukur, saya survive KM dan geografi. Tak pernah gagal KM cuma markah tu kadang-kadang nyawa di hujung tanduk. Pernah gagal geografi. Saya tak minat sangat subjek tu tapi saya enjoy the class sebab cikgu subjek tu fun! Beliau sangat sempoi, sangat bersahaja tapi tegas! Tingkatan 4 juga tiada dapat anugerah pelajar cemerlang. Takpe. Masa di tingkatan 4 saya ada join choral speaking. Sangat best dan penat. Walau tak menang tapi takpe. Pengalaman berharga juga tu. Kami bertanding di SMK LUAK.

Sampailah tingkatan 5, saya masih enjoy the class. Tak pernah bosan dengan KM dan geografi. Lebih-lebih lagi KM. Sangat best belajar sambil dengar penjelasan prosa tradisional. Siap ada buat drama dalam kelas untuk KM. Wah! sebab cikgu nak tengok apa yang kami faham tentang drama. Masa di tingkatan 4, kami akan mengeluh hampir setiap masa sekiranya masa BM. Tapi di tingkatan 5, keluhan tu dah kurang. Kami rasa makin sayang dengan cikgu BM. Sebab beliau makin fun masa kelas. Beliau suka ambil gambar dengan pelajar dia. Aduhai rindunya dengan cikgu tu. Saya akan bagi gambar ya. Terima kasih cikgu! Cikgulah yang paling garang dan akhirnya BM saya A. Terima kasih. Tak pernah BM saya dapat A. Penangan cikgu memang terbaik! 

Tingkatan 5 tak ada juga dapat anugerah. Takpe. Jadi masa tingkatan 5 juga saya join choral speaking. Kami bertanding di SMK BARU. Kami mendapat tempat ketiga! Dan kami kebas anugerah konduktor terbaik! Tahniah semua! Masa nak dekat SPM tu, saya dan beberapa kawan sekelas kena denda oleh cikgu pendidikan moral sebab tugasan kumpulan kami tak lengkap kalau tak silap. Jadi kami pun didenda, ketuk ketampi di luar kelas. Kelas kami dahlah di tingkat 2. Semua orang boleh tengok. Malu gila tapi semua tu buat kenangan. Akhirnya masa result SPM dah keluar, saya dapat A+ untuk pendidikan moral. Saya beritahu cikgu subjek saya, beliau speechless sebab happy saya dapat A+ untuk subjek dia. Walaupun berbual dalam whatsapp. 

Akhirnya habislah tingkatan 5 kami. Kami bersedia untuk SPM. Ada cikgu buat extra class untuk last touch, kami datang dan ambil serius dengan kelas-kelas last touch tu. Banyak nasihat guru-guru yang kami terima. TERIMA KASIH CIKGU! Masa restu ilmu, semua menangis. Rakan-rakan perempuan menangis sambil berpelukan. Alahai cutenya korang! Saya pun menangis juga sebab sedih tengok dorang akan pergi ke jalan-jalan yang berbeza. Kami berpelukan dan bersalaman dengan cikgu BM kami. Sebab dia nak pindah ke Terengganu. Alaaa. Tapi tak apa cikgu. Selamat maju jaya di tempat baru dan terima kasih cikgu.

Jadi, masa dalam dewan peperiksaan. Bila saya kehabisan idea untuk tulis karangan, saya akan terangguk-angguk macam tengah dengar lagu. Lagu dalam kepala. Aduhai. Saya tak adalah serius mana menjawab soalan-soalan tapi saya tidak jawab dengan sambil lewa ya. Akhirnya SPM selesai, 3 bulan menanti. Keputusan keluar. Saya dapat 5A 2B 1C. Syukurlah. Memang itu target saya, 5A cuma yang C tu saya target B sebenarnya. 



INILAH CIKGU BM KAMI CANTIK BELIAU.


PUAN NORAIZAH





HARI BUSANA BERSEMPENA HARI KEMERDEKAAN DAN HARI PENUTUPAN BULAN KEMANUSIAAN




MADAM DIANAH YANG BERBAJU BIRU ITU. GURU KELAS DAN GURU ENGLISH KAMI.
OUR SECOND MOTHER.


ADA MUKA STRESS BELAJAR KM? CIKGU PRADA YANG CANTIK JELITA TU.


CIKGU PRADA JUGA CIKGU KM UNTUK FORM 6. JADI DIA SANGAT STRESS DAN TERPAKSA KETEPIKAN KELAS KAMI SEKEJAP SEBAB FORM 6 NAK STPM.


SEBAB ITULAH ADA KELAS LAST TOUCH KM NI. BELIAU NAK GANTI MASA BELIAU BERSAMA KAMI. 


LAST TOUCH CLASS WITH MADAM DIANAH. OUTDOOR CLASS. DEPAN PEJABAT AM JE NI.


JAMUAN KECIL SEBELUM MULAKAN KELAS






KELAS LAST TOUCH MATEMATIK. CIKGU KELUAR SEKEJAP JADI INI YANG CAUGHT ON CAMERA.


CIKGU RINA SI BERBAJU KUNING



TEAM CHORAL SPEAKING 2015 DI SMK LUAK. TAK MENANG TAK APA.


KAMI SAPU 2 AWARDS. TEAM CHORAL SPEAKING 2016.
TEMPAT KETIGA DAN KONDUKTOR TERBAIK.


CIKGU DORIA SI BERBAJU BIRU DAN KONDUKTOR DI SEBELAH KANAN MEMEGANG TROFI







Itulah dia imbasan zaman sekolah yang sangat panjang sampai ada 2 part. Siap ada gambar-gambar lagi macam laporan surat khabar pun ada ni. TERIMA KASIH SEMUA! TERIMA KASIH CIKGU! Tanpa anda semua, pengalaman dan kenangan saya di sekolah tidak lengkap, tidak berseri, tidak seronok untuk diimbas kembali. 

Tiffany is signing out.

💖😄 




Comments

Popular posts from this blog

JUM BELAJAR BAHASA SARAWAK!

OPERATION MANAGEMENT