IDIOPATHIC AUTOIMMUNE HEMOLYTIC ANEMIA



IDIOPATHIC bermaksud sesuatu yang berhubungan atau menandakan apa-apa penyakit. Ia juga dikenali sebagai keadaan yang timbul secara spontan atau tiba-tiba dan tidak diketahui puncanya.





Jadi, AUTOIMMUNE HEMOLYTIC ANEMIA (AIHA) ialah sejenis penyakit yang idiopathic. Punca-punca penyakit ini tidak diketahui oleh para pengamal perubatan kerana ia berlaku secara tiba-tiba.

AIHA ialah sekumpulan penyakit darah yang jarang sekali berlaku dalam sejarah perubatan namun ianya sangat SERIUS. Penyakit ini bermula dengan langkah ia memusnahkan sel darah merah dengan cepat daripada ia menghasilkannya.

Penyakit ini menyebabkan autoimun dalam tubuh kta menyerang dirinya sendiri. Normalnya, sistem imun tubuh kita menghasilkan antibodi untuk menyerang bakteria atau virus dalam tubuh kita. Tetapi dalam kes AIHA, antibodi kita menyerang dirinya sendiri. Antibodi yang dihasilkan dalam kes AIHA ialah antibodi untuk menyerang sel darah merah.




Idiopathic AIHA ini boleh mengancam nyawa kerana ia berlaku secara tiba-tiba dan ia memerlukan rawatan perubatan segera.


SIAPAKAH GOLONGAN SASARAN?

AIHA tidak boleh dijangka dengan tepat kerana ia boleh berlaku pada mana-mana titik kehidupan kita. Contohnya, tengah minum kopi sambil cecah dengan cucur pisang pun boleh diserang penyakit AIHA ni. Hal ini demikian kerana AIHA boleh menjangkiti sesiapa sahaja namun golongan terancam ialah WANITA.

TANDA-TANDA IDIOPATHIC AIHA
Anda mungkin akan berasa lemah dan sesak nafas. Dalam keadaan lain, keadaan adalah kronik dan berkembang jadi tanda-tanda akan kurang jelas. Dalam kedua-dua kes, gejala mungkin termasuk satu atau lebih daripada yang berikut:

  • meningkatkan kelemahan
  • sesak nafas
  • denyutan jantung yang cepat
  • kulit pucat atau kuning
  • sakit otot
  • loya
  • muntah
  • air kencing berwarna gelap
  • sakit kepala
  • ketidakselesaan perut
  • kembung
  • cirit-birit
OK, Tiffany is signing out. 

Comments

Popular posts from this blog

JUM BELAJAR BAHASA SARAWAK!

OPERATION MANAGEMENT

NOSTALGIA : ZAMAN SEKOLAH PART 2