RAWATAN AIHA

Fellas! Yes, i'm working on the idiopathic AIHA and its on a new space. I know i can just edit late post but i choose it to be in this way.

OK, moving on the next topic. Treatment options for AIHA. 


Orang yang disyaki mengalami idiopathic AIHA yang bermula secara tiba-tiba, biasanya akan dimasukkan ke hospital dengan kadar segera kerana sifat yang amat sakit secara semulajadi. Kes yang kronik ada kalanya datang dan pergi begitu sahaja tanpa penjelasan dan ia tidak mustahil untuk seseorang sembuh daripada idiopathic AIHA tanpa rawatan. 


Doktor atau pakar perubatan akan mengawasi tahap glukosa darah and sekiranya anda menghidap diabetes. Hal ini kerana diabetes merupakan punca utama yang menyumbang kepada nyawa anda terancam berikutan serangan kuman akan mudah berlaku selepas rawatan dijalankan.



STEROID
Steroid memang digunakan dalam keperluan perubatan tapi secara terkawal. Inilah rawatan yang berada di tempat pertama untuk merawat AIHA iaitu prednisone. Prednisone ialah ubat sintetik yang serupa dengan kortison, digunakan untuk melegakan keadaan reumatik dan alergi dan untuk merawat leukemia. Steroid membantu anda untuk meningkatkan jumlah sel darah merah. Keberkesanan steroid akan diawasi oleh doktor. Sekiranya keadaan anda semakin pulih, doktor akan cuba untuk menyingkirkan steroid daripada tubuh anda dengan perlahan-lahan.




Pesakit yang mempunyai AIHA dan menjalani rawatan steroid, mereka perlu mengambil beberapa supplement semasa rawatan. Contohnya:

  • bisphosphonates
  • vitamin D
  • kalsium
  • asid folik
PEMBEDAHAN
Doktor mungkin akan mencadangkan anda untuk menjalani pembedahan pembuangan 

organ abdomen yang terlibat dalam pengeluaran dan penyingkiran sel-sel darah dalam kebanyakan vertebrata dan menjadi sebahagian daripada sistem imun sekiranya steroid tidak berkesan secara menyeluruh. Pembedahan ini akan menterbalikkan pemusnahan sel darah merah. Pembedahan ini dikenali sebagai SPLENECTOMY.




Splenectomy adalah satu prosedur pembedahan untuk membuang limpa anda. Limpa adalah organ yang terletak di bawah tulang rusuk anda di sebelah kiri atas abdomen anda. Ia membantu melawan jangkitan dan menapis bahan yang tidak diperlukan, seperti sel-sel darah lama atau rosak.





Beberapa orang yang menjalani pembedahan ini mempunyai remisi separa atau sepenuhnya daripada AIHA mereka, dan orang-orang dengan jenis yang idiopathic cenderung untuk mempunyai keputusan yang paling berjaya.


OK, Tiffany is signing out.

Comments

Popular posts from this blog

JUM BELAJAR BAHASA SARAWAK!

OPERATION MANAGEMENT

NOSTALGIA : ZAMAN SEKOLAH PART 2